Pes Ikan Bakar

Resepi Pes Ikan Bakar

Ini cerita 18 Julai 2013 punya...

Tak sangka lak…dalam aku dok baca entry orang lain dan member-member blogger lain bercerita pasal IKAN BAKAR...aiseyyyy...terliur lak nak makannya. Kalo beli ikan bakar kat bazaar Ramadhan ni (ikan bakar yang BEST la)…mesti da berapa hengget harganya…tapi sesuailaa dengan rasa pes nya yang sedap tu. Macam aku...aku dan suami lebih suka kalo masak sendiri dari beli kat bazaar sebab rasa PUAS HATI..
Aku call en.hubby mintak belikan ikan dan barang2 keperluan lain. Sementara aku kat ‘ofis’ dok usha kakak-kakak admin…nak mintak daun pisang dan daun limau purut sikit...hehehe…akhirnya…dapat gak apa yang aku nak tu…Alhamdulillah..terima kasih ye kak Mariyatul Hanizah…peace sister!!

Ok kat sini aku nak share sikit laa resepi pes untuk ikan bakar dan ape2 je laa yang sewaktu dengannya yang pernah aku masak. Sorilaa gambar tak sempat nak ambik....ikan bakarnya da habis dulu...dan sebenarnya tak jangka nak masukkan dalam blog. Tapi korang tau kann rupa ikan bila da kena panggang ye takk...hahahaha jangan tipu ye sape yang tak pernah tengok rupa ikan panggang camne...hahahaha

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Pes Ikan Bakar yang sedap ni:

Seekor ikan (aku guna ikan siakap yang sederhana kecil) – bersihkan
Kunyit dan garam                       
(Gaul ikan dengan kunyit dan garam sedikit)
________________________________________________________________________

*2 biji bawang merah (shallots pun sedap gak…lagi banyak lagi best)
*3 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 batang serai (dipotong)
*3 helai daun limau purut
*kisar halus (letaklaa air sikit supaya bila kisar…bahan tu tak kering sangat)
2 s/b pes tomyam (aku guna pes tomyam knorr dan pes tomyam kung maggi)
2 s/b cili kisar (aku guna cili kisar jenama Puteri 3 in 1)
½ cwn santan
Minyak masak sedikit

Daun pisang yang dilayurkan – lap dulu ye dengan kain bersih (untuk balut ikan) – nak guna aluminium foil pun boleh jer.

Caranya pulak:

# Tumiskan  bahan kisar tadi hingga naik bau
# Masukkan cili kisar dan kacau sampai naik minyak
# Masukkan pes tomyam dan kacau
 Masukkan santan sikit2…dan kacau hingga separuh masak…(jangan sampai hangus lak)
# Tutup api dan biarkan seketika
# Letakkan ikan tadi atas daun pisang yang dilayurkan
Lumurkan ikan dengan pes tadi…serata yang mungkin
Balut ikan itu kemas2 dan bakar atas api guna pemanggang ikan
Balik-balikkan ikan dan tunggu sampai masak
Hidangkan dengan air asam dan nasi panas…pergghhh!!!! meleTOP laaa rasanya. 

Selamat mencuba resepi aku ni yer…takkan menyesal punyerr!!

No comments:

Post a Comment