Thursday, 18 July 2013

Semalam punye cerita daa...

Hai...Hai..Haiii...uollzz!!! korang tengah buat ape?

(18 Julai 2013)

Dari tadi otak aku ni asyik memikirkan menu apa laa yang best nak berbuka puasa nanti…(haiii!!! masa ni laaa rajinnye nak masak macam-macam..kannnn)
Tapi sebenarnya bagus jugak...“at least” tak lah rasa bosan ngadap menu yang sama mcm hari-hari biasa sebelum bulan Ramadhan lagi….hihihihi. Ok stop kat sini yer..

Korang pernah dengar tak 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal)...betul ke tak ni entah...susunan 5S ni..
Pada pandangan korang la kan...apa kebaikan 5S ni terhadap seseorang individu?
Sebenarnya 5S ni agak merumitkan bila masa mula-mula nak mewujudkan dalam diri individu sebab ia akan mempengaruhi situasi kita di pejabat dan juga dirumah. Sentuh pasal 5S di pejabat lak...korang mesti ada pihak yang menjadi PENASIHAT dan ketua-ketua yang boleh uruskan hal dalam 5S ni kann.

Bagi aku ia sesuatu yang mudah sebenarnya kalau dilaksanakan dari peringkat awal secara berdikit-dikit. Bila wujud 5S ni dan kita pula melaksanakannya dengan jaya...automatik ruang sekitar meja kerja kita nampak lebih kemas dan teratur...ruang pejabat pulak nampak lebih ceria, bersih dan kemas dan pada diri kita juga erasa lebih bersemangat untuk bekerja.

Ada bebrapa pejabat yang amalkan 5S ni...susun dah tersusun, kemas dah terkemas tapi bila masuk bab-bab nak "mencantikkan" lagi pejabat masing-masing...sudah jadi macam 'TADIKA'....alamak!!!...apa kes ni..dan bila dah jadi macam TADIKA...ada yang tergantung sana sini...even semua benda nak dilabelkan...ruang lantai yang sepatutnya bersih dan nampak kemas menjadi buruk bila dipandang...'parking line' untuk tong sampah pun ada juga...macamlaaa orang lain tak kenal itu tong sampah....aiseyyyy!!!...aku rase cukup la dengan letak label kecil di kawasan tong sampah (bukan tampal bawah tong sampah ye)...bukan ape...bila label kecil macam tu ia akan nampak lebih kemas.

Kesannya pula pada diri sendiri lak...hahahaha...sape yang kaki mengemas dan suka mengemas rumah...rumah akan lebih teratur, kemas dan bersih. Tapi bila dan kemas tu semua...kenala SENTIASA AMAL. 5S ni sebenarnya memerlukan masa..sebab bukan sekaligus kita akan buat tapi apa yang penting tu adalah ISTIQAMAH (berterusan).

Ok. Susun dan Sentiasa Amal.


No comments:

Post a Comment